Showing posts with label Firewall. Show all posts

Firewall Komersial vs Garcinia


Pada minggu lepas, Mat ada menghadiri satu training tentang firewall. Firewall tersebut sedang digemari ramai buat masa kini terutama bagi sektor awam. Bukan kerana fungsinya, tetapi boleh dikatakan ia digemari adalah disebabkan harganya yang murah berbanding firewall yang lain.

Dari sudut teknikal, Mat akui terdapat banyak kekangan dalam firewall tersebut. Ia tidak membenarkan pengguna memasuki firewall tersebut menggunakan ssh mahupun console. Dalam hati Mat terdetik, kenapa pengguna yang membeli walaupun dengan harga yang murah, tetapi tidak dapat untuk menjelajah seluruh pelusuk otaknya. Barangkali terdapat satu sempadan rahsia yang cuba disembunyikan oleh pengeluar firewall tersebut.

Berbalik kepada fungsi dan cara penggunaannya pula, Mat rasa Garcinia mempunya antara muka yang lebih senang untuk difahami berbanding firewall komersial tersebut. Mat tidak ingin untuk mendedah nama firewall tersebut kerana mungkin akan menjatuhkan perniagaan mereka. Terdapat pelbagai limitation didalam firewall tersebut berbanding Garcinia. Diantaranya, kenapa perlu fix kan IP dan Port untuk management? Kenapa Default Route perlu ditetapkan setiap kali configure? VPN yang dapat digunakan pula hanya VPN nya tersendiri dan SSL VPN.

Tetapi apa apa pun, setiap produk mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Mungkin harga firewall tersebut mencerminkan sendiri fungsi yang dapat diberikan. Bak kata orang, beli kancil tak kan pula nak rasa macam drive BMW kan?

Produk Malaysia Untuk Mencegah Penggodam

Sebelum ini Mat ada kupaskan tentang 5 minit godam data kerajaan. Suatu situasi yang Mat rasa amat kritikal kerana melibatkan data orang ramai. Bayangkan, semua maklumat peribadi yang terdapat dalam server tersebut dapat dicuri oleh penggodam dalam masa kurang dari 5 minit. Ini memang membimbangkan kerana data yang dicuri itu dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada kali ini Mat akan kongsikan pengalaman Mat sebagai seorang pak guard dalam bidang IT ini. Mat kerja dalam bidang security dan Mat sering kali terlibat dalam pemasangan produk untuk mencegah penggodam terutamanya. Disini Mat akan kongsikan dua Produk Malaysia Untuk Mencegah Penggodam yang Mat selalu pergi pasang dengan bos Mat. 

Produk tersebut adalah Durio dan Garcinia. Wah, nama tak macam produk Malaysia pun. Sebenarnya nama ini kalau diterjemah kepada Bahasa Malaysia, ia adalah Durian dan Manggis. Produk ini sebenarnya telah lama. Banyak agensi kerajaan dan institusi pengajian yang telah berubah dari produk luar ke produk Malaysia ini kerana harga yang lebih berpatutan. Walaupun harga yang lebih murah berbanding produk luar. Bantuan jika terdapat masalah pada produk tersebut masih diberikan dengan baik. Dengan adanya jaminan penukaran perkakasan jika terdapat kerosakan membuatkan ia menjadi pilihan bagi sesetengah agensi dan institusi dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada produk mlaysia untuk mencegah penggodam.


Produk Malaysia Cegah Penggodam - Durio

Apa sebenarnya Durio dan Garcinia ini?. Mat akan cuba terangkan serba sedikit mengenai dua produk ini. Durio adalah unified threat management system. Sistem yang digunakan untuk membuat content filtering, http proxy, dan lebih kepada security kepada sistem rangkaian dan laman web. Contohnya untuk block akses ke laman laman web yang tidak sepatutnya pada waktu bekerja, laman laman web yang tidak sihat. dan pelbagai lagi fungsi produk ini. Bagi Garcinia pula, ia lebih kepada firewall routing iaitu produk yang digunakan untuk mengawal trafik yang akan masuk dan keluar. Contohnya kita boleh mengawal bandwidth untuk setiap pengguna. Dengan ini tidak lah terjadi masalah seperti seorang user menggunakan internet dengan kadar yang berlebihan berbanding orang lain. Terdapat juga fungsi untuk VPN tunneling, load balancing dan banyak lagi.


Produk Malaysia Cegah Penggodam - Garcinia

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dua Produk Malaysia Untuk Mencegah Penggodam ini boleh ke laman web rasmi OpenKod.