Tentang Mat

2:58 PM Mat Sekuriti 0 Comments

Mat berasal jauh nun di utara. sebab tuh kalau baca post dalam blog Mat neh pun, banyak bahasa utagha yang akan Mat tulis. bukan apa untuk kesenangan nk menaip, xmau jadi hipokrit. satgi orang kata apa pulak, asal perlis, tapi dok cakap ee eee. Mat pun rasa geli kalau baca. Mat berkelulusan dari UniKL dalam bidang Computer System Security. lama jugak Mat belajaq dalam bidang neh. lebih kurang 4 tahun. banyak jugak benda yang Mat pelajari. tapi Mat tau, ilmu didada masih belum mencukupi. alhamdulillah, setelah tamat saja dari unikl. sementara menunggu kerja, mat mengambil kursus yang diberi nama Certified Ethical Hacker. tapi yang sedihnya, la neh sijil neh dah xdak dekat Malaysia, Ec-Council iaitu penganjur sijil neh telah tamatkan tempoh perkhidmatannya di Malaysia. lepas dah ambik sijil neh, hidup Mat menjadi tidak tenteram. apa saja yang Mat buat berkaitan komputer dan internet, Mat rasa diri Mat diancam. sebab dalam kursus neh, Mat diajar untuk menjadi seorang hacker dan jugak macam mana Mat nk berlindung dari kena godam kalau dalam Bahasa Melayu nya. selain itu Mat jugak mempunyai beberapa sijil lain seperti ITIL dan juga MTA. cita cita Mat dalam masa terdekat neh, Mat nk habiskan dulu Red Hat punya sijil la neh dah level 1, kemudian akan ambik level 2 untuk ambik exam supaya dapat kelulusan Red Hat Certified Engineer. apa apa pun doakan Mat berjaya nanti. Aminnn….


Yang Benar,

Mat Sekuriti