Ancaman Dari Dunia Siber

7:27 PM Mat Sekuriti 0 Comments

Hai semua, sudah lama rasanya Mat tidak berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Tajuk yang Mat akan bangkitkan pada hari ini adalah tentang dunia siber. Sejauh mana kah kita sedar tentang ancaman dari dunia siber. Laman sosial merupakan salah satu laman web yang sering kali di akses tidak kira dimana jua kita berada. Telefon bimbit yang serba canggih, mempunyai talian internet yang pantas mendorong remaja terutamanya untuk terus berkomunikasi secara atas talian walaupun sedang makan. Contohnya, perkara yang sering dilakukan adalah, berkongsi lokasi ketika kita sedang berada diluar. "Makan malam bersama keluarga with Abah,Mak,Adik,Abang at Ikan Bakar Kuala Perlis.". Bagi orang yang tidak mempunyai niat apa apa, status yang di muat naik ini di anggap perkara biasa, tetapi bagi sesorang yang sudah mempunyai niat untuk memecah masuk rumah si mangsa, dia tahu yang mereka sekeluarga telah keluar dari rumah dan sedang menikmati makan malam di Kuala Perlis. Ini secara tidak langsung, memberikan jarak masa kepada si pemangsa untuk memecah masuk rumah si mangsa. Begitu mudah untuk mendapatkan maklumat di dunia siber lebih lebih lagi di laman sosial.


Langkah yang perlu di ambil adalah, kenal pasti rakan rakan yang ada dalam senarai rakan laman sosial kita itu, jangan pula kita hanya mengejar populariti untuk mempunyai rakan yang ramai, tetapi tidak tahu siapa kah yang menjadi rakan kita. Tidak salah untuk berkongsi apa yang kita lakukan di laman sosial, tetapi sebelum berkongsi, kita perlulah sentiasa mengambil langkah berjaga jaga agar perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkara yang sering dilakukan oleh penggodam adalah "Reconnaissance". Teknik ini adalah dimana pemangsa akan mengumpul sebanyak mana maklumat yang boleh diperoleh, antaranya tarikh lahir, tarikh perkahwinan,tempat lahir, nama ibu, nama bapa, pekerjaan, tempat kerja, tempat tinggal, bilangan ahli keluarga dan bermacam macam lagi. Kenapa maklumat seperti ini penting? boleh dikatakan hampir 90% pengguna menggunakan tarikh lahir sendiri, tarikh lahir pasangan, tarikh perkahwinan dalam membentuk kombinasi nombor pin antaranya kad atm. Setiap penggodam mempunyai satu sifat yang amat unik iaitu tidak mudah putus asa dalam mengumpul maklumat. kadang kadang maklumat yang dikumpul dalam tempoh setahun dikaji satu per satu untuk mengkaji sifat mangsa.

Hanya satu cara untuk mengatasi semua masalah yang Mat huraikan diatas iaitu sentiasa berada dalam keadaan berjaga jaga tidak kira dimana kita berada. Jangan mudah percaya kepada kata kata seseorang. Setiap perkara yang terjadi di luar tidak semua berlaku secara kebetulan. "Being paranoid can save your life".

0 comments :