Google Malaysia Kena Hack
Kali ini Mat akan kupaskan satu isu
yang menarik iaitu DNS Poisoning ataupun DNS Spoofing. Bagi serangan ini, ia
tidak melibatkan data pada web server sesuatu syarikat ataupun organisasi
tersebut. Ia hanyalah kelemahan kepada DNS server yang menyebabkan ia efek
kepada caches di dalam DNS server tersebut dengan memasukkan data yang tidak
betul. Untuk lebih paham, hampa semua boleh tengok dulu gambaq yang Mat share
dekat bawah ni. kemudian Mat akan explain.
Kalau dah
tgk gambaq di atas, hampa semua mungkin dah paham sikit. sebenarnya, attacker
tuh attack DNS Server saja. contohnya kalau user menggunakan DNS yang digodam
oleh pengodam, mereka akan melihat fake website yang telah di reka oleh
pengodam tersebut akan tetapi bagi user yang menggunakan DNS server yang lain
misalnya untuk situasi ini tidak efek oleh DNS Poisoning, maka user tersebut
akan melihat website yang seperti biasa. sebab itulah timbul jugak isu ini pada
hari ini, masing masing post dkt facebook, Wey!! Google Malaysia kena hack.
lepas tu yang kawan neh pun p lah bukak website Google Malaysia, tapi tiada apa
yang berlaku sebenarnya, maka dituduhlah semula. hang ni penipu besaq. agak
agak laa Google Malaysia nak kena hack. Google kot. situasi ini hanya berlaku
apabila DNS Server diserang oleh pengodam yang mengubah konfigurasi pada DNS
Server untuk point kan ip Google Malaysia kepada ip website fake Google
Malaysia. Bagi yang ingin melihat apa sebenarnya yang berlaku pada hari ini,
boleh lihat perbezaan dua website yang sama cuma konfigurasi DNS yang berbeza
boleh menyebabkan dua paparan yang berbeza.
"Among
the companies affected by the attack are the Malaysian (.com.my) domains of
several American corporations, including Google and YouTube; Microsoft’s
Malaysian Skype, Bing, and MSN sites, Dell Malaysia, and the anti-virus company
Kaspersky."
sumber dari dnsmadeeasy.com
0 comments :