Password windows hilang? Format? Recovery?
Perkara macam neh selalu terjadi, password windows hilang. Apa
yang perlu di buat. Kalau seseorang tu jenis yang ada buat recovery usb untuk
password reset maka dia akan selamat lah bila perkara seperti ini terjadi.
Kalau dia seorang pengguna komputer yang biasa, hanya menggunakan untuk menaip
di microsoft word dan menaip beberapa dokumen, maka dia tidak akan ambil kisah
tentang ini. Pekara ini kebanyakkan nya terjadi apabila sesebuah syarikat
mengamalkan policy sekuriti di mana setiap staff perlu untuk menukar password
nya dalam tempoh 90 hari misalnya dan password pulak tidak boleh sama dengan 3
bulan yang lepas. Pekara ini amat menyusahkan sesetengah pihak sebenarnya
terutama pihak admin yang dah berumur. Paling mudah mereka memang akan menukar
password tp akan tulis di sticky note dan tampal di skrin laptop tak pun di lcd
skrin komputer mereka secara terang terangan. Tapi di syarikat yang besar besar
terutamanya, akan terdapat beberapa team audit dr segi policy akan memantau
segala aktiviti ini oleh itu maka berlakulah trajedi lupa password, file xdak
backup. Xboleh format, nk kena backup dlu data2 dalam ni.
Okay disini mat akan terangkan serba sedikit tentang password
windows. Kelebihan windows berbanding linux. Windows punya password file tidak
boleh diakses menggunakan command line seperti linux seperti linux boleh didapati
di passwd ataupun shadow. Windows password file hanya boleh diakses menggunakan
GUI di dalam system32/config dan cari file yang bernama SAM. File sam neh pulak
encrypted dan tidak boleh view dengan sebegitu mudah. Caranya, cari live cd
linux contoh seperti kali linux boot kan di mana2 laptop kemudia dapatkan
adapter untuk hidupkan hard disk yang mempunyai windows itu untuk kita melihat
isi kandungan dalam hard disk tersebut. Akses lokasi file SAM tersebut, gunakan
tool yang bernama ophcrack untuk mendapatkan hash file dari SAM tersebut
kemudian boleh crack hash tersebut di internet. File hash ini dinamakan NTLM
hash. Terdapat online tools untuk tukarkan dari hash file ini ke plaintext
dalam sekelip mata. Setelah mendapat hasil yang dikehendaki, pasang semula hard
disk tersebut dan login dengan password yang anda perolehi dari internet
tersebut.
Sekian selamat mencuba. P/s: gunakan ilmu untuk kebaikan. Setiap
keburukan/kejahatan yang dilakukan pasti akan ada pembalasan.
0 comments :