Sebelum ini Mat ada kupaskan tentang 5 minit godam data kerajaan. Suatu situasi yang Mat rasa amat kritikal kerana melibatkan data orang ramai. Bayangkan, semua maklumat peribadi yang terdapat dalam server tersebut dapat dicuri oleh penggodam dalam masa kurang dari 5 minit. Ini memang membimbangkan kerana data yang dicuri itu dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada kali ini Mat akan kongsikan pengalaman Mat sebagai seorang pak guard dalam bidang IT ini. Mat kerja dalam bidang security dan Mat sering kali terlibat dalam pemasangan produk untuk mencegah penggodam terutamanya. Disini Mat akan kongsikan dua Produk Malaysia Untuk Mencegah Penggodam yang Mat selalu pergi pasang dengan bos Mat.
Produk tersebut adalah Durio dan Garcinia. Wah, nama tak macam produk Malaysia pun. Sebenarnya nama ini kalau diterjemah kepada Bahasa Malaysia, ia adalah Durian dan Manggis. Produk ini sebenarnya telah lama. Banyak agensi kerajaan dan institusi pengajian yang telah berubah dari produk luar ke produk Malaysia ini kerana harga yang lebih berpatutan. Walaupun harga yang lebih murah berbanding produk luar. Bantuan jika terdapat masalah pada produk tersebut masih diberikan dengan baik. Dengan adanya jaminan penukaran perkakasan jika terdapat kerosakan membuatkan ia menjadi pilihan bagi sesetengah agensi dan institusi dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada produk mlaysia untuk mencegah penggodam.
 |
| Produk Malaysia Cegah Penggodam - Durio |
Apa sebenarnya Durio dan Garcinia ini?. Mat akan cuba terangkan serba sedikit mengenai dua produk ini. Durio adalah unified threat management system. Sistem yang digunakan untuk membuat content filtering, http proxy, dan lebih kepada security kepada sistem rangkaian dan laman web. Contohnya untuk block akses ke laman laman web yang tidak sepatutnya pada waktu bekerja, laman laman web yang tidak sihat. dan pelbagai lagi fungsi produk ini. Bagi Garcinia pula, ia lebih kepada firewall routing iaitu produk yang digunakan untuk mengawal trafik yang akan masuk dan keluar. Contohnya kita boleh mengawal bandwidth untuk setiap pengguna. Dengan ini tidak lah terjadi masalah seperti seorang user menggunakan internet dengan kadar yang berlebihan berbanding orang lain. Terdapat juga fungsi untuk VPN tunneling, load balancing dan banyak lagi.
 |
| Produk Malaysia Cegah Penggodam - Garcinia |
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dua Produk Malaysia Untuk Mencegah Penggodam ini boleh ke laman web rasmi OpenKod.
Assalamualaikum
dan Selamat Pagi, Semalam Mat ada terbaca mengenai satu tajuk berita yang
menarik dalam Berita Harian. Tajuk yang Mat rasa menarik untuk dikongsi kepada
rakan pembaca blog Mat neh. 5 Minit Godam Data Agensi Kerajaan. Bagi yang tidak
mengetahui situasi sebenar kenapa perkara seperti ini masih terjadi pada tahun
2015 yang serba maju dari segi teknologi dan sekuriti. Jawapannya hanya lah
satu iaitu kesedaran pengguna terbabit. Dalam hal ini, pihak kerajaan sendiri
pandang enteng masalah tersebut.
Mat
pernah terlibat dalam beberapa projek yang melibatkan agensi kerajaan untuk
menguji selia tahap sekuriti bagi sistem rangkaian dan sistem aplikasi yang
digunakan oleh mereka. Terus terang Mat boleh katakan hampir semua tidak
menepati piawaian polisi sekuriti yang sedia ada. Setiap agensi kerajaan
mempunyai polisi sekuriti yang perlu di patuhi. Antara yang paling mudah
adalah, kata kunci perlulah mempunyai lebih dari 8 abjad dan huruf berserta
karakter unik. Rata rata pengguna masih menggunakan kata kunci yang mudah untuk
dihafal maklumlah kerana kebanyakkan pekerja adalah dari golongan yang berumur
35 tahun keatas. Bagi mereka susah untuk menghafal kata kunci yang rumit. bagi
sesetengah agensi yang betul betul mematuhi polisi sekuriti yang ditetapkan
pula, pekerja sering menulis kata kunci mereka pada nota tampal dan tampal di
dinding kubikel atau pada laptop seperti ini. Ini tidak mustahil untuk 5 minit godam data kerajaan.


Bagi
pengodam, teknik ini dipanggil social engineering. Mereka akan meninjau keadaan
sekeliling kubikel mangsa dan mencatat apa sahaja maklumat penting yang boleh
digunakan sebagai kata kunci untuk mengakses kepada sistem komputer mangsa.
Jika kata kunci ditampal sebegini, ini akan memudahkan lagi usaha pengodam
untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki selain daripada tarikh hari lahir,
no plat kereta, dan lain lain lagi.
Masalah
ini juga terjadi kerana sistem rangkaian dan sistem aplikasi tersebut tidak di
kawal selia dengan sebaiknya. Bagi server administrator dan network
administrator, tugas mereka adalah untuk memantau setiap sistem di bawah mereka
berada pada keadaan yang optimum untuk mengelakkan masalah digodam ini berlaku,
tetapi kadang kadang mereka ambil mudah pekara ini dengan meletakkan default
password pada username admin ataupun default password bagi setiap perkakasan.
Yang lebih teruk Mat pernah jumpa, no password. Mat pernah jalankan satu tugas
yang dinamakan security posture assessment, bagi tugas ini, Mat dikehendaki
untuk mencuba apa cara untuk memecah masuk kedalam sistem aplikasi dan sistem
rangkaian mereka. Hampir semua sistem boleh diceroboh dengan mudah. Tidak
sampai separuh hari, Mat sudah boleh mengawal sistem mereka, bagi pengodam yang
professional, tidak mustahil masa yang diambil hanyalah 5 minit godam data kerajaan!
Sapa sebenaqnya Mat neh? Kalau orang dengaq perkataan sekuriti neh selalunya mesti dalam kepala otak dok terbayang pak guard, pegang cota. Tapi Mat bukan keja security guard yang tuh. Itu pun dalam skop bidang kerja Mat sebenaqnya. kalau dalam sekuriti, ia dipanggil fizikal sekuriti. lapisan pertama sekuriti sebelum masuk ke lapisan lapisan yang lain. Mat pun baru ja dalam bidang sekuriti neh, masih banyak benda lagi nk belajaq dalam sekuriti neh sebelum boleh jadi macam kevin mitnick tuh, ceewahh tinggi benar angan angan Mat. La neh pun Mat baru ja kerja dalam bidang sekuriti, alhamdulillah setelah tanam anggur, perabih boreh kt rumah selama setahun, Mat dapat kerja sebagai Network Security Engineer. banyak jugak benda baru Mat kena pelajari. dulu time belajaq besa lah. main main. masuk kelas pun semata mata nk ambik attendance ja. la neh ambik hang. mula la belajaq sikit sikit. banyak pula mat beletiaq petang petang neh. esok2 lah mat teruskan coretan dalam blog baru mat neh. Assalamualaikum.
Yang Benar,
Mat Sekuriti